Elemen KBAT dalam Kurikulum dan Kokurikulum





PANEL 1:

TANIA ANAK ELIAS IDRIS
D20131063242

SMK HAMID KHAN, TAPAH.

PENSYARAH:
YBHG. DR. HAJI ZULKEFLEE BIN
HAJI YAACOB






2.1 ELEMEN KBAT DALAM KURIKULUM
2.1.1 Mengenal Pasti KBAT dalam Dokumen Kurikulum
KBAT ditulis secara eksplisit dalam dokumen kurikulum iaitu Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KSSM).
Pernyataan KBAT dalam dokumen kurikulum ditulis secara eksplisit pada Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) bagi semua mata pelajaran.
Kata kerja dalam Pernyataan Standard terdapat pada lajur SK dan SP.
Guru dapat mengenal pasti aspek yang patut murid ketahui dan lakukan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Kata kerja yang terdapat pada SK dan SP adalah asas kepada pemahaman guru dalam melaksanakan KBAT dalam kurikulum.


2.1.2 Kata Kerja KBAT dalam kurikulum

i. KBAT dalam Tahap Pemikiran Mengaplikasi
Tahap pemikiran aplikasi memerlukan murid menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
situasi yang berlainan untuk melakukan sesuatu.
Murid berupaya menyelesaikan masalah dengan mengaplikasikan konsep yang mereka fahami melalui
aktiviti PdP.


ii.  KBAT dalam Tahap Pemikiran
  Menganalisis
Murid mencerakinkan maklumat kepada bahagian-bahagian kecil untuk memahami dengan lebih
mendalam serta menghubung kait antara bahagian berkenaan.
Murid berupaya mentafsir peranan dan fungsi setiap bahagian kecil untuk memahami sesuatu konsep
secara menyeluruh.


iii. KBAT dalam Tahap Pemikiran Menilai
Murid membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai
serta memberi justiļ¬kasi.
Murid mengamalkan pemikiran reflektif dan munasabah yang difokuskan kepada usaha
memutuskan sama ada sesuatu perkara boleh dipercayai atau tidak.
Penguasaan pemikiran reflektif membantu murid untuk menghubungkaitkan idea dan
pengalaman lalu.



iv. KBAT dalam Tahap Pemikiran Mencipta
Tahap pemikiran mencipta merupakan tahap yang paling tinggi dalam Taksonomi Bloom.
Murid dapat menghasilkan idea, produk atau sesuatu yang baharu berdasarkan pembelajaran dalam
bilik darjah.
Murid yang kreatif dan inovatif dapat dilahirkan. 




2.2 ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM

2.2.1 Pelaksanaan Elemen KBAT dalam Kokurikulum.
• Kokurikulum merupakan antara elemen yang diberi fokus di dalam Pelan Inisiatif Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
• Bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang berupaya mengaplikasi pengetahuan, kemahiran
dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
• Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum akan menyemai budaya kreatif dan inovatif melalui
kepelbagaian aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan di luar bilik darjah dengan memberi penekanan
kepada penyelesaian masalah dalam tugasan atau projek.
• Kokurikulum mempunyai tiga bidang utama atau aktiviti iaitu kelab atau persatuan, badan
beruniform serta sukan dan permainan. Ketiga-tiga jenis aktiviti kokurikulum bertujuan mencapai
aspirasi murid iaitu kemahiran berfikir.

• Contoh pelaksanaan elemen KBAT dalam kokurikulum melalui ketiga-tiga bidang aktiviti iaitu:
i. Pasukan Badan Beruniform
Penubuhan unit beruniform mengikut keperluan setempat, kemudahan peralatan,
jurulatih dan kemudahan sedia ada di sekolah.

ii. Sukan dan Permainan
Terdiri daripada permainan dan sukan tradisional seperti wau, gasing, congkak atau
permainan dan sukan antarabangsa seperti bola sepak, badminton dan catur.

        iii. Kelab/Persatuan
       – Bidang persatuan dan kelab di sekolah boleh dikategorikan kepada dua iaitu:
       – Persatuan dan kelab yang berasaskan mata pelajaran akademik.
       – Persatuan dan kelab yang berasaskan minat, perkhidmatan, kecenderungan dan hobi.

2.2.2  Pendekatan Penyelesaian Masalah Lima   Langkah
Pelaksanaan elemen KBAT dalam kokurikulum dengan menggunakan pendekatan
penyelesaian masalah lima langkah.


2.2.3  Penilaian Aktiviti
• Penilaian aktiviti kokurikulum dilakukan secara berterusan sepanjang tahun bagi menilai
pencapaian dan kebolehan murid dalam menyiapkan sesuatu aktiviti.
• Setiap proses kerja dan hasil kerja akan diberi penilaian dan akhirnya menyumbang
markah keseluruhan kokurikulum.
• Penilaian ciri KBAT dibuat berdasarkan;


2.2.4  Program 1Murid 1Projek

• Inisiatif Projek Inovasi Kelab dan Persatuan.
• Program ini diadakan untuk menambah baik kegiatan kokurikulum dalam kalangan
 murid dengan menggalakkan pihak sekolah menganjurkan sebarang aktiviti berunsur
inovatif dan kreatif dalam kegiatan persatuan dan kelab di sekolah rendah dan menengah.

• Program 1M1P melalui inisiatif Projek Inovasi Kelab dan Persatuan juga dilaksanakan
untuk meningkatkan KBAT dalam kalangan murid melalui Kelab dan Persatuan.

• Projek ini bermula pada Tahap II sekolah rendah yang melibatkan murid Tahun 4, 5 dan
6. Pada peringkat sekolah menengah pula, projek ini melibatkan murid Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 5. 

• Murid sekolah rendah Tahap II akan melaksanakan satu projek secara berkumpulan.
Murid sekolah menengah pula akan menyiapkan satu projek secara berkumpulan dan satu
lagi projek kecil secara individu. 

• Contoh projek yang dilaksanakan;
i. Pembinaan model bandar hijau menggunakan bahan kitar semula.

1 comment:

  1. salam.
    adakah buku elemen dalam kokurikulum ini telah disebarluas ke sekolah ? adakah terdapat puncakuasa penurunan buku ini dari BKP ke sekolah ? Mohon respon.

    ReplyDelete