Elemen KBAT dalam Pentaksiran


PANEL 3
ALLEYSIA BITOL
D20131063302
SMK DATO’ ZULKIFLI MUHAMMAD, SLIM RIVER, PERAK
PENSYARAH:
YBHG. DR. HAJI ZULKEFLEE BIN HAJI YAACOB


PENTAKSIRAN : Proses mendapatkan maklumat untuk mengetahui perkembangan dan pencapaian murid dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan.

Maklumat pentaksiran penting bagi membantu murid memahami tujuan belajar dan mengetahui kemajuan pembelajaran, meningkatkan motivasi dan keyakinan diri serta mengambil tindakan susulan.

Melalui maklumat pentaksiran, guru boleh menilai keberkesanan PdP, menambah baik PdP dan merancang aktiviti tindakan susulan.

Pentaksiran yang holistik bagi seseorang murid merangkumi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan peperiksaan. PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Psikometri (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Guru boleh mengenal pasti tahap penguasaan KBAT dalam kalangan murid melalui tiga bentuk pentaksiran iaitu PS, PP dan peperiksaan

KBAT DALAM PENTAKSIRAN SEKOLAH
(PS)

- Bagi mengetahui keberkesanan PdP dan pencapaian tahap penguasaan KBAT murid, Pentaksiran Sekolah (PS) dilaksanakan secara berterusan melalui latihan, ujian, ujian lisan, soal-jawab, kuiz, lembaran kerja, tugasan projek murid dan pemerhatian.

Maklumat yang diperoleh daripada PS membantu guru dalam merancang dan melaksanakan tindakan susulan bagi meningkatkan keberkesanan PdP dan seterusnya tahap penguasaan KBAT dalam kalangan murid.

Melalui PS, guru dapat mentaksir tahap penguasaan KBAT dalam kalangan murid dengan menggunakan konteks baharu, situasi sebenar dalam kehidupan harian, pelbagai soalan dan stimulus.


KBAT DALAM PENTAKSIRAN PUSAT DAN PEPERIKSAAN

- Laporan PPPM menyatakan, soalan peperiksaan UPSR dan SPM tidak memberi tumpuan yang mencukupi untuk soalan aras tinggi, sebaliknya murid banyak diuji dengan soalan di tahap pemikiran tahu dan faham. Keadaan ini secara tidak langsung mempengaruhi guru menyediakan soalan dan aktiviti pdp yang lebih kepada penghafalan.

- Senario ini perlu diubah supaya guru dapat memberi tumpuan kepada soalan-soalan aras tinggi. Ke arah itu, peratus soalan KBAT dalam peperiksaan pusat UPSR dan SPM akan ditingkatkan secara berperingkat seperti di Rajah 1.




Item KBAT bagi mata pelajaran Bahasa Melayu SPM
Contoh        : Bahasa Melayu SPM
Konstruk     : Mencipta
Konteks       : Novel
Aras Kesukaran  : Tinggi
Pengetahuan Sedia Ada  : Murid telah mengkaji sekurang-kurangnya dua buah novel.
Soalan  : Novel
(a) Anda kurang bersetuju dengan kesudahan cerita sebuah novel yang telah anda kaji.
Jelaskan pengakhiran cerita bagi novel tersebut sekiranya anda yang menjadi pengarangnya.
ATAU
Hasilkan suatu pengakhiran cerita yang anda fikir sesuai untuk novel tersebut. (8 markah)






PENUTUP

Pentaksiran KBAT di sekolah mestilah dilaksanakan secara terancang melalui PS, PP dan peperiksaan. Bagi memastikan pelaksanaan pentaksiran KBAT yang berkesan, guru hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran berkaitan.
  Justeru, guru perlu bersedia untuk membuat pembaharuan, bersikap terbuka untuk membuat perubahan dan menerima pandangan orang lain serta berintegriti.
Guru perlu mempunyai perspektif baharu dalam pentaksiran untuk menjayakan program pendidikan yang tidak semata-mata berfokuskan peperiksaan bagi melahirkan murid yang berdaya fikir aras tinggi untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

No comments:

Post a Comment