Elemen KBAT dalam Pedagogi dan Sumber


ELEMEN PEDAGOGI DAN SUMBER DALAM
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI.

PANEL 2:
NURUL FATIN AMALINA BINTI ARSHAD
D20131063408
SMK KAMPUNG JAMBU, TAIPING, PERAK.

PENSYARAH:
YBHG DR. HAJI ZULKEFLEE BIN HAJI YAACOB




3.0 PENGENALAN 
Ø Pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) KBAT yang berkesan perlu berpusatkan murid dengan melibatkan mereka secara aktif dalam PdP melalui tugasan dan soalan yang mencabar pemikiran. Justeru, guru perlu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif bagi merangsang murid berfikir.
Ø     Guru juga boleh menggunakan alat berfikir dan teknik penyoalan dalam usaha membudayakan pemikiran yang kritis dan kreatif dalam kalangan murid. 

3.1  PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KBAT DALAM PEDAGOGI
    Bagi melaksanakan KBAT dalam PdP, guru perlu membuat penelitian dengan merujuk kepada standard pembelajaran yang dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). 
a) Rujuk Standard Pembelajaran berasaskan KBAT
b) Rancang pengajaran dan pembelajaran.
c) Laksana pengajaran dan pembelajaran.
d) Mentaksir
e) Refleksi

3.2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Guru perlu merancang dan melaksanakan KBAT melalui pelbagai strategi PdP yang berkesan dan bersesuaian dengan objektif rancangan pengajaran harian. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan adalah seperti konstruktivisme, pembelajaran berasaskan konteksual, pembelajaran berasaskan projek, inkuiri dan kajian masa depan. Strategi yang bersesuaian dengan objektif rancangan pengajaran dapat membantu pelajar untuk berfikir dengan aras yang tinggi.

3.2.1Konstruktivisme
Guru perlu mengemukakan soalan aras tinggi supaya murid dapat berfikir dan menggunakan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Guru harus menggalakkan murid mencari jawapan
sendiri.

3.2.2 Kontekstual
          Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands on dan minds-on. Dalam strategi ini, murid dapat menggunakan pengetahuan sedia ada dalam situasi yang berlainan.

         3.2.3 Pembelajaran Berasaskan Projek
Kaedah ini menekankan tugasan intelek bagi meneroka isu yang kompleks.
Kaedah ini menggalakkan pemahaman murid di mana murid dapat meneroka untuk mencari maklumat, membuat interpretasi, membuat keputusan atau kesimpulan.

        3.2.4 Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
   Ia melibatkan penyiasatan, penerokaan, mengumpul data, membuat kesimpulan untuk menyelesaikan masalah, membuat refleksi tentang kaedah yang digunakan dan berkomunikasi bagi berkongsi dapatan tentang masalah berkenaan.

3.3 Kajian masa depan

Kajian masa depan memberi kesedaran dan merangsang murid berfikir tentang isu, masalah dan peluang yang bakal dihadapi. Ini akan membolehkan mereka memandang masa depan dengan yakin dan optimis seperti berikut:
a) membuat ramalan tentang trend dan perubahan yang akan berlaku berdasarkan pengetahuan dan maklumat sedia ada
 b) menjangka kesan atau akibat sesuatu fenomena, trend, atau perubahan masa depan
c) menggunakan pelbagai sumber bagi mengawal, menangani serta mengendalikan perubahan supaya mendapat manfaat yang maksimum.

       3.4 ALAT BERFIKIR 
a) Peta pemikiran
b) Penyusunan Grafik
c) Soalan dan penyoalan 
d) Peta minda 
e) 6 Thinking Harts 
f) CoRT 

3.5  Pengenalan

   Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran perlulah merangsang minat dan mencabar intelek murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif serta menjana idea baru.
       Aplikasi bahan sumber yang kaya dengan unsur KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran mampu mengupayakan perkembangan dan pengamalan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid. 
      Bagi melaksanakan KBAT dengan berkesan, kandungan bahan sumber harus distruktur supaya dapat menzahirkan pengupayaan aplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh oleh murid bagi membantu mereka menaakul, membuat refleksi dan seterusnya menyelesaikan masalah, membuat keputusan, melakukan inovasi serta mencipta.
        Pengisian kandungan bahan sumber perlu menyediakan peluang kepada murid berinteraksi dengan bahan melalui aktiviti pembelajaran yang mencabar murid mengaplikasikan KBAT.

3.6  JENIS-JENIS BAHAN SUMBER
    Bahan sumber dalam pelaksanaan KBAT melibatkan bahan sumber berstruktur dan tidak berstruktur
a)      Bahan Sumber Berstruktur yang disediakan oleh KPM
       KPM telah memperkenalkan perubahan kepada dasar perolehan dan spesifikasi cetakan buku teks dan bahan digital dengan menetapkan sekurang-kurangnya 20% kandungan dan aktiviti mempunyai unsur KBAT. Bahan digital adalah seperti bahan dalam VLE (Virtual Learning Environment) Frog, EduWeb TV (http://www.eduwebtv.com) dan bahan digital PdP (http://spp.moe.edu.my).
b)     Bahan Sumber Tidak Berstruktur yang disediakan oleh guru
       Selain kebergantungan kepada penggunaan buku teks dan bahan digital yang dibekalkan oleh KPM, guru boleh juga menyediakan bahan sumber KBAT dengan menggunakan bahan daripada pelbagai sumber lain seperti buku, video, akhbar, laporan lawatan lapangan, jurnal, internet dan majalah. Penyediaan bahan sumber secara kendiri oleh guru menuntut mereka menjadi lebih kreatif dalam memilih bahan, menyusun kandungan dan merancang aktiviti PdP bagi memenuhi objektif pembelajaran.


3.7  Pembangunan bahan sumber KBAT 
Guru digalakkan membangunkan bahan sumber KBAT secara kendiri berdasarkan kesesuaian tahap dan kebolehan murid. Pemilihan dan penghasilan kandungan suatu bahan sumber perlu memberi pertimbangan kepada perkara berikut:

      Bahan sumber KBAT yang mempengaruhi strategi bilik darjah juga menyokong proses berfikir secara aktif dalam kalangan murid untuk menjamin pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan.
Ini kerana bahan sumber tersebut menggalakkan murid untuk mencetus idea asli, menjalani pengalaman pembelajaran dalam konteks dunia sebenar dan membuat hubung kait kandungan kurikulum dengan isu semasa. 
      Guru juga digalakkan mewujud dan mengembangkan jaringan sesama mereka melalui pelbagai aplikasi web, portal dan media sosial sebagai medan untuk berkongsi amalan terbaik penghasilan dan pembangunan bahan sumber KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran

3.8 PENUTUP 
      Aplikasi bahan sumber KBAT dalam PdP boleh membantu guru menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid. KPM telah mengambil inisiatif menyediakan bahan sumber berstruktur melalui penyediaan buku teks dan bahan sumber digital yang kaya dengan kandungan KBAT. Selain aplikasi bahan berstruktur ini, guru juga digalakkan untuk membangunkan bahan sumber yang boleh mengupayakan KBAT dalam PdP. Rujukan melalui pelbagai sumber seperti internet, media cetak, bahan digital dan lain-lain sumber boleh digunakan bagi membantu guru membangunkan bahan sumber KBAT. Bahan sumber KBAT perlu disesuaikan dengan pendekatan pedagogi yang menyokong KBAT merupakan satu formula yang amat berkesan dalam merangsang dan seterusnya membudayakan KBAT dalam kalangan murid.


No comments:

Post a Comment